Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Warga PDRM disaran agar sentiasa memastikan pengurusan harta pusaka mereka dikendalikan dengan sebaik-baiknya berdasarkan syariat yang telah ditetapkan dalam agama. Ini kerana dalam bidang lapangan tu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/urus-dan-rancang-harta-pusaka-secara-syariah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:07 MYT
BUKIT AMAN, 21 MEI - Warga PDRM disaran agar sentiasa memastikan pengurusan harta pusaka mereka dikendalikan dengan sebaik-baiknya berdasarkan syariat yang telah ditetapkan dalam agama. 


Ini kerana dalam bidang lapangan tugas yang serba mencabar pada masa sekarang, setiap pegawai dan anggota PDRM seharusnya mempunyai perancangan yang rapi untuk masa depan waris-waris mereka sekiranya berlaku kematian ke atas mereka. 


Atas sebab tersebut, satu taklimat 'Kepentingan Pengurusan Dan Perancangan Harta Pusaka Secara Syariah' telah diadakan di Dewan Theatrette Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini. 


Taklimat tersebut dikendalikan oleh Encik Ariffin Sabirin, Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah dan turut dihadiri oleh YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman serta YDH Dato' Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA Bukit Aman. 

Turut hadir, Penolong-penolong Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan, anggota-anggota serta Pegawai Awam PDRM Bukit Aman.

Sesi Pendaftaran
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah

Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Ketibaan YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara.

Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Bacaan doa pembukaan majlis pada hari ini.

Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama-sama YDH Datuk Noor Rashid, Pengarah JSJN Bukit Aman (kanan) dan YDH Dato' Sri Mohd Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA Bukit Aman (kiri)

Sekitar taklimat oleh Encik Ariffin Sabirin, Penasihat Kumpulan Syarikat Wasiyyah..
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah

Sesi penyerahan cenderahati di antara pihak PDRM dan Kumpulan Syarikat Wasiyyah...
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah

Urus Dan Rancang Harta Pusaka Secara Syariah
Penyerahan sijil penyertaan kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara.. 
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM