Artikel
Pdrm Tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah Di Semua Peringkat
Kuala Lumpur, 22 Mei - YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan Pencegahan Jen...
Kuala
Lumpur, 22 Mei - YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari
ini mengumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan Jabatan
Pencegahan Jenayah di Bukit Aman serta ibu pejabat polis kontinjen
negeri dan daerah.
Beliau berkata penubuhan jabatan itu bertujuan mencegah jenayah secara lebih berkesan dan ia sejajar dengan
kehendak masyarakat yang mahukan polis berperanan dengan lebih efektif, selain membantu menurunkan indeks
jenayah.
Dalam wawancara pertamanya bersama media selepas dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan YDH Tan Sri Ismail Omar di Bukit Aman, Khalid berkata dengan penubuhan jabatan itu, satu jawatan pengarah akan diwujudkan bersama pengambilan pegawai dan anggota polis.
"Kita akan bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk penubuhan jabatan itu dalam bulan ini," katanya.
PDRM yang mempunyai kekuatan 120,000 pegawai dan anggota mempunyai lapan jabatan iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Pengurusan, Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Cegah Keganasan), Jabatan Cawangan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dan Jabatan Logistik.
YDH Tan Sri Khalid Abu Bakar, 55, menggantikan YDH Tan Sri Ismail Omar, 60, yang tamat kontraknya pada Jumaat lepas.

YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar Ketua Polis bersama Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara ketika sesi wawancara.

Suasana ketika wawancara