Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Upp Tahan 29 Warga Asing Di Ladang Tebu Chuping

Published: 17 Jun 2014 4.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Padang Besar, 27 Mei - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan 29 warga asing termasuk tujuh kanak-kanak di kawasan ladang tebu Chuping berhampiran sempadan Malaysia-Thailand tengah malam semalam. ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upp-tahan-29-warga-asing-di-ladang-tebu-chuping
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:03 MYT
Padang Besar, 27 Mei - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) menahan 29 warga asing termasuk tujuh kanak-kanak di kawasan ladang tebu Chuping berhampiran sempadan Malaysia-Thailand tengah malam semalam.

Timbalan Komander (Operasi) UPP kawasan Chuping, Inspektor T. Veerasingam berkata mereka terdiri daripada 27 warga Myanmar dan dua Bangladesh.

Tujuh kanak-kanak yang ditahan merupakan warga Myanmar iaitu lima perempuan dan dua lelaki, berusia antara satu setengah dan tujuh tahun, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mereka ditahan ketika pasukan UPP melakukan rondaan di kawasan ladang tebu itu pada pukul 12.01 tengah malam selepas gagal menunjukkan dokumen perjalanan, katanya.

Veerasingam berkata kesemua pendatang itu telah diserah kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. 

Beliau percaya kesemua pendatang itu menceroboh negara ini melalui pagar sempadan yang terletak kira-kira dua kilometer daripada tempat mereka ditahan. - BERNAMA
ArticlePublished 17 Jun 2014 4.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM