Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Wanita Pukul Kucing Bunting Dengan Besi Sampai Mati Didakwa

Diterbitkan: 18 Jan 2021 12.03 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Butterworth, 18 Januari 2021 - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul dua ekor kucing baka tempatan hingga menyebabkan kematian kedua-dua haiwan itu, bulan lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-wanita-pukul-kucing-bunting-dengan-besi-sampai-mati-didakwa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:55 MYT
Butterworth, 18 Januari 2021 - Seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul dua ekor kucing baka tempatan hingga menyebabkan kematian kedua-dua haiwan itu, bulan lepas.

Mengikut pertuduhan, Hah Choy Kheng, 51, didakwa dengan kejam memukul seekor kucing betina baka tempatan berwarna oren dan seekor anak kucing baka tempatan berwarna putih kelabu dengan sebatang besi sepanjang 75 sentimeter hingga menyebabkan kedua-dua haiwan itu mati.

Wanita tersebut dituduh melakukan perbuatan itu di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung dalam kawasan padang permainan Blok B1, Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini pada jam 1.20 petang, 29 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922942
Sumber:
BERNAMA


Update Wanita Pukul Kucing Bunting Dengan Besi Sampai Mati Didakwa
ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2021 12.03 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM