Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Penjawat Awam Ingkar Pkp Bakal Dikenakan Tindakan

Diterbitkan: 18 Jan 2021 10.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 18 Januari 2021 - Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-pkpb-pkpp-covid-19-artikel-pilihan-penjawat-awam-ingkar-pkp-bakal-dikenakan-tindakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:38 MYT
Kuala Lumpur, 18 Januari 2021 - Bersedialah untuk menerima tindakan dan dikenakan hukuman. Itulah peringatan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kepada 1.6 juta penjawat awam sekiranya mereka melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan kerajaan ketika ini.
Beliau berkata tindakan undang-undang diputuskan kerajaan tidak akan terkecuali kepada mereka yang melanggar arahan pematuhan ditetapkan itu termasuklah terhadap penjawat awam sendiri.

“Sama sahaja. Sekiranya mereka melanggar prosedur (PKP) mereka akan tetap dikenakan hukuman. Jadi peringatan kepada penjawat awam, sekiranya mereka ini tidak bersedia untuk dikenakan tindakan, hendaklah mematuhi SOP yang telah diputuskan dalam PKP,” katanya.

Bercakap kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Tan Sri Mohd Zuki menegaskan setiap keputusan diambil dan dilaksanakan kerajaan itu adalah untuk memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19 yang kini semakin meningkat setiap hari.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1922991

Sumber: 
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN.

Pkp Pkpb Pkpp Covid 19 Artikel Pilihan Penjawat Awam Ingkar Pkp Bakal Dikenakan Tindakan
ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2021 10.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM