
Artikel
Artikel Pilihan 4 7 Juta Kenderaan Dijangka Berada Di Jalan Raya Pengarah Jspt
Beliau berkata ekoran jangkaan pertambahan kenderaan, JSPT akan mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi...
Kuala Lumpur, 6 April 2022 - Sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri bulan depan, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim.
Beliau berkata ekoran jangkaan pertambahan kenderaan, JSPT akan mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.
“Cuti raya pada tahun ini agak panjang dan dijangka masyarakat akan mengambil peluang untuk beraya di kampung setelah dua tahun kita tidak dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri susulan COVID-19,” katanya kepada Bernama hari ini.
CP Datuk Wira Mat Kasim berkata, seperti tahun-tahun sebelum ini, Op Selamat 18 bertemakan 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi' turut akan dilancarkan bermula 29 April hingga 8 Mei depan.
Menurutnya, ia akan memberi fokus kepada pencegahan jenayah pecah rumah dan meminimumkan kadar kemalangan jalan raya ketika musim perayaan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA