Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Suspek Dua Beradik Sudah Ditahan Polis

Diterbitkan: 12 Jun 2026 3.52 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.53 PM
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-suspek-dua-beradik-sudah-ditahan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:47 MYT
Ipoh, 12 Jun 2026 - Polis menahan dua beradik yang dipercayai terbabit dalam kes kecurian sebuah kotak wang dan telefon bimbit milik peniaga nasi bajet di Jalan Lebuh Meru Raya, di sini, dalam satu kes yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, dua beradik berusia 24 dan 36 tahun itu ditahan di Teluk Intan pada Isnin lalu susulan siasatan yang dijalankan berhubung insiden itu.

Beliau berkata, kejadian kecurian itu berlaku pada waktu tengah hari pada 21 Mei lalu ketika mangsa sedang mengendalikan gerai nasi bajet berkenaan.

“Mangsa didekati oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal dengan niat untuk membeli makanan.

“Ketika mangsa sedang sibuk membungkus nasi lemak, salah seorang suspek mengambil kotak wang yang mengandungi wang tunai dan sebuah telefon bimbit sebelum kedua-duanya melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2026 3.52 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.53 PM