Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Keratan Akhbar Pilihan Masih Bersembunyi Dalam Negara

Diterbitkan: 10 Aug 2025 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis percaya seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta masih bersembunyi di dalam negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-keratan-akhbar-pilihan-masih-bersembunyi-dalam-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:58 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis percaya seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta masih bersembunyi di dalam negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, usaha mengesan lelaki terbabit sedang dijalankan dan siasatan mendapati dia masih berada di dalam negara.

Harian Metro kelmarin melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta bagi membantu siasatan lanjut.

Dato’ Rusdi dilaporkan berkata, Mohd Ezman Zamani, 39 yang pernah menetap di Rawang, Selangor dikesan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihaknya menerima 279 laporan polis sejak 2023 berhubung kes berkenaan yang didakwa dikendalikan sebuah syarikat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text
ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2025 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM