Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Empat Lelaki Myanmar Diberkas Lombong Emas Haram Di Jeli

Diterbitkan: 10 Aug 2025 1.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis membongkar aktiviti lombong emas haram di Jeli, Kelantan dan menahan empat lelaki warga Myanmar dengan nilai rampasan lebih RM1 juta pada Jumaat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-empat-lelaki-myanmar-diberkas-lombong-emas-haram-di-jeli
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:02 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis membongkar aktiviti lombong emas haram di Jeli, Kelantan dan menahan empat lelaki warga Myanmar dengan nilai rampasan lebih RM1 juta pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim berkata, serbuan pada jam 2 pagi itu hasil risikan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan Bukit Aman dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, Operasi Bersepadu Khazanah itu dilaksanakan di kawasan sawit Ladang Tapis, Bukit Jering, Jeli.

“Kesemua suspek yang ditahan itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah serta lesen perlombongan yang sah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dato’ Sri Azmi berkata, dua unit excavator, dua unit mesin pam penyedut berserta hos, dua unit palung melombong, anak kunci jentera dan peralatan berkaitan telah dirampas.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 10 Aug 2025 1.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM