
Article
Update Keratan Akhbar Pilihan Masih Bersembunyi Dalam Negara
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis percaya seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta masih bersembunyi di dalam negar...
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2025 - Polis percaya seorang lelaki dipercayai dalang penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM2.3 juta masih bersembunyi di dalam negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, usaha mengesan lelaki terbabit sedang dijalankan dan siasatan mendapati dia masih berada di dalam negara.
Dato’ Rusdi dilaporkan berkata, Mohd Ezman Zamani, 39 yang pernah menetap di Rawang, Selangor dikesan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, pihaknya menerima 279 laporan polis sejak 2023 berhubung kes berkenaan yang didakwa dikendalikan sebuah syarikat.