Artikel
Update Artikel Pilihan Wanita Muat Naik Video Hasutan Berkait Sultan Perak Direman
Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 - Wanita yang ditahan kerana disyaki memuat naik video bersama kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di media sosial semala...
Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 - Wanita yang ditahan kerana disyaki memuat naik video bersama kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di media sosial semalam, direman empat hari mulai hari ini.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata pihaknya membuat permohonan reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
"Kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sumber: Berita Harian Online