Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Isu Tular Gaduh Sebab Troli Ikan Langgar Pekerja

Diterbitkan: 06 May 2023 1.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 - Pergaduhan sekumpulan lelaki yang tular di media sosial berpunca daripada perselisihan faham antara pekerja yang menolak troli ikan dan terlanggar lelaki lain yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-isu-tular-gaduh-sebab-troli-ikan-langgar-pekerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:57 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mei 2023 - Pergaduhan sekumpulan lelaki yang tular di media sosial berpunca daripada perselisihan faham antara pekerja yang menolak troli ikan dan terlanggar lelaki lain yang bekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, akibat pelanggaran itu, berlaku pertelingkahan mulut antara kedua-dua pihak dan tiada pergaduhan fizikal yang mendatangkan kecederaan.

"Anggota unit peronda polis (MPV) datang meleraikan pergaduhan dan kedua-dua pihak hadir ke Balai Polis Sri Murni serta berdamai secara baik tanpa membuat sebarang laporan polis," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../gaduh-sebab-troli-ikan...

Sumber: Harian Metro
May be an image of ‎3 people, boots and ‎text that says '‎ل TikTok‎'‎‎
 
 
ArtikelDiterbitkan 06 May 2023 1.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM