Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Raja Hairun Direman Dua Hari Hina Institusi Diraja

Diterbitkan: 13 Apr 2023 10.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd. Saaduddin, berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-raja-hairun-direman-dua-hari-hina-institusi-diraja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:15 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Raja Hairun' yang ditahan di Temerloh, Pahang semalam kerana disyaki menghina institusi diraja di laman sosial, direman dua hari bermula hari ini.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd. Saaduddin, berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dibuat di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berkata kes berkenaan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../raja-hairun-direman-2-hari...


'Raja Hairun' direman 2 hari hina institusi diraja | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2023 10.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM