Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Buruh Dipenjara Enam Bulan Kerana Hina Agong Bangkitkan Isu Perkauman

Diterbitkan: 13 Apr 2023 12.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hakim N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu terhadap Abdul Rahim Abdullah, 49 tahun, selepas orang kena saman (OKS) berkenaan mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-buruh-dipenjara-enam-bulan-kerana-hina-agong-bangkitkan-isu-perkauman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:30 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang buruh kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dan membangkitkan isu perkauman menerusi Facebook.

Hakim N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu terhadap Abdul Rahim Abdullah, 49 tahun, selepas orang kena saman (OKS) berkenaan mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

OKS diarahkan menjalani hukuman penjara dua bulan bagi tiga pertuduhan menghina Agong dan empat bulan kerana tiga pertuduhan berhubung isu perkauman.

Hukuman terbabit akan berjalan serentak bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, OKS didakwa menggunakan laman profil Facebook 'Tuk Chik' secara sedar membuat dan memulakan komunikasi yang jelik sifatnya membabitkan isu perkauman.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../buruh-dipenjara-6-bulan...

Sumber: Harian Metro

Buruh dipenjara 6 bulan kerana hina Agong, bangkitkan isu perkauman | Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 13 Apr 2023 12.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM