Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda Rm6 000

Diterbitkan: 13 Dec 2023 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.25 AM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 - Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-pemandu-langgar-empat-beranak-didenda-rm6-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:21 MYT
Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 - Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Fatin Dayana Jalil, memutuskan hukuman berkenaan terhadap pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan, jika gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan itu secara tidak cermat di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dari arah Sungai Besi ke Balakong, jam 12.30 tengah hari, semalam.

Pendakwaan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan, jika disabitkan kesalahan.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../pemandu-langgar-empat...

ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2023 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.25 AM