Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scam Alert Bahasa Cina Jadi Hindi

Diterbitkan: 13 Dec 2023 2.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 - Bina laman sesawang dan cipta graf pasaran saham palsu digunakan sebagai taktik untuk memperdayakan mangsa terutama warga India untuk melabur dalam skim pelaburan tidak wujud.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/besmartstayalert-letsfightscammertogether-keratan-akhbar-pilihan-scam-alert-bahasa-cina-jadi-hindi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:30 MYT
Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 - Bina laman sesawang dan cipta graf pasaran saham palsu digunakan sebagai taktik untuk memperdayakan mangsa terutama warga India untuk melabur dalam skim pelaburan tidak wujud.
Bagaimanapun, taktik licik sindiket terbongkar apabila sepasukan anggota polis menyerbu sebuah pusat panggilan di ibu negara pada 7 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dalam serbuan itu, polis menahan tujuh individu termasuk dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan.
Menurutnya, mereka yang berusia 27 hingga 42 tahun juga terdiri tiga warga China dan seorang lelaki warga Taiwan.
“Suspek yang ditahan berperanan sebagai pengurus pejabat, pengurus sumber manusia, penterjemah skrip, pereka laman web dan pembantu pejabat.
“Turut dirampas 13 telefon bimbit, empat komputer riba, tiga set komputer, satu "router", satu modem, dua tablet dan mata wang asing bernilai RM5,736 dan wang tunai RM3,855,” katanya ketika sidang media di sini, kelmarin.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 13 Dec 2023 2.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM