Article
Update Artikel Pilihan Pemandu Langgar Empat Beranak Didenda Rm6 000
Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 - Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh...
Kuala Lumpur, 13 Disember 2023 - Pemandu pacuan empat roda yang tular di media sosial kerana melanggar motosikal ditunggang empat beranak, didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Majistret Fatin Dayana Jalil, memutuskan hukuman berkenaan terhadap pereka grafik, Mohammad Harith Ismail, 22, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan itu secara tidak cermat di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dari arah Sungai Besi ke Balakong, jam 12.30 tengah hari, semalam.
Pendakwaan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan, jika disabitkan kesalahan.
Sumber: Berita Harian Online