Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Update Artikel Pilihan Lelaki Muat Naik Ciapan Berbaur Perkauman Ditahan

Published: 13 Apr 2023 6.50 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman jam 6.30 petang di sekitar ibu negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-lelaki-muat-naik-ciapan-berbaur-perkauman-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:33 MYT
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman jam 6.30 petang di sekitar ibu negara.

"Tangkapan membabitkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.

"Pihak polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-muat-naik-ciapan...


Lelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan | Berita Harian
ArticlePublished 13 Apr 2023 6.50 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM