
Artikel
Update Artikel Pilihan Lelaki Muat Naik Ciapan Berbaur Perkauman Ditahan
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Ja...
Kuala Lumpur, 13 April 2023 - Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
"Tangkapan membabitkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.
"Pihak polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
Sumber: Berita Harian