Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Kerugian Penipuan Visa Furada Cecah Rm5 Juta Setakat Julai

Diterbitkan: 02 Aug 2022 7.10 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sebanyak 132 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada direkodkan setakat Ahad lepas membabitkan kerugian lebih RM5.6 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-kerugian-penipuan-visa-furada-cecah-rm5-juta-setakat-julai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:59 MYT
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2022 - Sebanyak 132 laporan polis berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada direkodkan setakat Ahad lepas membabitkan kerugian lebih RM5.6 juta.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Noorsiah Mohd Saaduddin berkata laporan yang diterima setakat 31 Julai lepas itu melibatkan 336 orang yang menjadi mangsa penipuan tiga syarikat pelancongan swasta.

Menurutnya Kuala Lumpur mencatatkan bilangan laporan tertinggi iaitu 52 membabitkan kerugian kira-kira RM2.3 juta diikuti Selangor dengan 33 laporan melibatkan kerugian RM966,100.

Sementara itu, 18 laporan melibatkan kerugian kira-kira RM1.2 juta diterima di Pahang manakala tujuh laporan di Johor dengan kerugian RM226,500 dan masing-masing enam laporan diterima di Kelantan dan Perak membabitkan kerugian keseluruhan RM483,000.

"Kedah mempunyai tiga laporan dengan nilai kerugian RM48,000 dan Terengganu dua laporan babitkan kerugian RM76,000 manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang melibatkan kerugian RM48,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2022 7.10 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM