
Artikel
Besmartstayalert Letsfightscammertogether Keratan Akhbar Pilihan Scammer Muda Didenda Rm40 000
Sembilan 'scammer' didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam sindiket penipuan tawaran pinjaman tidak wujud di Mahkamah Majistre...
Mohammad Shahruf Affendy Kamarulzaman, 24; Muhammad Qanarul Jafree, 25; Muhammad Zulfaizzat Zakaria, 30; Muhamad Muslim Hamidi, 24; Siti Nur Fadilah Abdul Rahman, 19; Huda Nadiela Hashim, 19; Tan Jun Fattyt 18 dan Wong Jong Sin, 23, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.
Turut didakwa ialah seorang remaja perempuan berusia 17 tahun namun dia dibebaskan dengan ikat jamin.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Nombor 15, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa di sini pada pukul 1 pagi, 17 Julai lalu mengikut Seksyen 120B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Hooi Tsae Yun.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: