Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Ibu Rakan Serumah Didakwa Aniaya Dan Abai Anak Kandung

Diterbitkan: 16 Aug 2023 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakannya, Awiin Chua, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zaha
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-ibu-rakan-serumah-didakwa-aniaya-dan-abai-anak-kandung
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:15 MYT
Johor Bahru, 16 Ogos 2023 - Seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya yang juga wanita berperwatakan lelaki, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya, sejak bulan lalu.

Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakannya, Awiin Chua, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari.

Kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi diiringi anggota polis, dilihat sentiasa mengalirkan air mata sehingga prosiding selesai.

Turut hadir ke mahkamah dan berada di galeri awam adalah abang kepada Nurul Asyiqin dan abang kepada Awiin yang datang dari Singapura.

Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah pemeliharaan mereka sehingga menyebabkan mangsa menghadapi kecederaan fizikal.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa mencapai niat bersama mengabaikan kanak-kanak yang juga anak kandung Nurul Asyiqin ketika mangsa di bawah pemeliharaan mereka.

Dua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah dekat Jalan Wau Kikik 7, Bandar Layangkasa, Pasir Gudang di sini, antara 1 Julai hingga 9 Ogos lalu.

Pendakwaan kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut: https://www.bharian.com.my/.../ibu-rakan-serumah-didakwa...


Ibu, rakan serumah didakwa aniaya dan abai anak kandung | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 16 Aug 2023 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM