Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Update Artikel Pilihan Empat Ditahan Bantu Siasatan Kematian Anggota Polis Maut Kejar Penjenayah

Diterbitkan: 02 Nov 2020 9.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 2 November 2020 - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita susulan kemalangan kereta peronda polis (MPV) berlanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Kangkar Tebrau, semalam, sehingga menyebabkan konstabel maut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/update-artikel-pilihan-empat-ditahan-bantu-siasatan-kematian-anggota-polis-maut-kejar-penjenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:17 MYT

Johor Bahru, 2 November 2020 - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita susulan kemalangan kereta peronda polis (MPV) berlanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Kangkar Tebrau, semalam, sehingga menyebabkan konstabel maut.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek berusia 24 hingga 27 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan bersama sepasukan anggota daripada Balai Polis Bandar Dato Onn, antara 2 petang hingga 9 malam tadi.

Katanya, kesemua suspek ditahan di sekitar Kampung Melayu Seelong, Senai dan Kampung Melayu Pandan.

"Wanita berusia 27 tahun berstatus janda anak dua yang juga pekerja kilang itu ditahan dahulu, kemudiannya membawa kepada tangkapan susulan dua lelaki masing-masing berusia 24 tahun dan tangkapan terakhir iaitu lelaki berusia 25 tahun yang membawa kenderaan berkenaan.

"Hasil siasatan awal, mengikut kenyataan wanita itu, tiga hari sebelum kejadian mereka mendakwa ada mengambil methamphetamine.

"Kereta ini disewa oleh janda berkenaan. Janda ini memberi pinjam kepada dua lelaki, yang mana seorang daripadanya adalah teman lelaki wanita itu.

Bacaan lanjut di pautan akhbar Harian Metro seperti berikut. https://www.hmetro.com.my/…/polis-maut-kejar-penjenayah-4-d…

Sumber: Harian Metro

Image may contain: text
ArtikelDiterbitkan 02 Nov 2020 9.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM