Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Kunjungan Hormat Pengarah Jlog Sempena Lawatan Kerja Ke Ipk Kelantan

Diterbitkan: 02 Nov 2020 8.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kelantan, 2 November 2020 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis negeri, DCP Tuan Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-kunjungan-hormat-pengarah-jlog-sempena-lawatan-kerja-ke-ipk-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:59 MYT

Kelantan, 2 November 2020 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis negeri, DCP Tuan Shafien Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.

Kunjungan hormat tersebut dilakukan sempena lawatan beliau ke negeri berkenaan bagi melihat keperluan dan kemudahan logistik yang diperlukan oleh warga kerja Polis Kelantan demi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Tuan Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Pengarah III (Fasiliti/Bekalan/Aset) JLog, SAC Tuan Azizee Ismail, Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah dan para pegawai kanan IPK Kelantan.

Sumber: Polis Kontinjen Kelantan

Image may contain: 2 people, people standing
Image may contain: 4 people
Image may contain: 3 people, people sitting
Image may contain: 4 people, people standing
Image may contain: 3 people, text that says '4 POLIS'
ArtikelDiterbitkan 02 Nov 2020 8.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM