Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sembahyang Keagamaan Hindu Polis Dengan Masyarakat telah diadakan di Kuil Sri Muthumariama Ayer Panas, Setapak pada jam 7.30 pagi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/upacara-sembahyang-agama-hindu-polis-dengan-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT

Setapak, 29 Januari 2011 - Sembahyang Keagamaan Hindu Polis Dengan Masyarakat telah diadakan di Kuil Sri Muthumariama Ayer Panas, Setapak pada jam 7.30 pagi ini di mana satu rombongan dari PDRM yang terdiri daripada pegawai dan anggota-anggota polis yang beragama hindu telah turut hadir dalam upacara sembahyang ini.

 

Antara yang hadir adalah YDH ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam, Ketua Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik JSJ selaku ketua rombongan, YDH ASP Sumathy, C/Insp Kannan serta anggota-anggota polis dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang beragama Hindu.

 

Selesai sahaja upacara sembahyang, semua yang hadir menikmati jamuan makan yang disediakan sambil beramah mesra bersama orang ramai yang turut menunaikan sembahyang.

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
Upacara sembahyang Hindu polis bersama masyarakat..

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
YDH ACP Dev Kumar a/l M. M Sree Shunmugam sebagai ketua rombongan..

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
Upacara sembahyang sedang berlangsung..

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
YDH ACP Dev dan C/Insp Kannan antara pegawai yang hadir di upacara sembahyang Hindu ini..

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
Kuil Sri Muthumariama Ayer Panas, Setapak di mana upacara sembahyang berlangsung..

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
Antara anggota polis yang hadir..

Upacara Sembahyang Agama Hindu Polis Dengan Masyarakat
Beramah mesra dengan masyarakat setelah selesai upacara sembahyang..

WARTAWAN & JURUFOTO    : KONST Raymond.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM