Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 9.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Majlis Sukan PDRM berjaya menduduki tempat ketiga terbaik keseluruhan dalam Anugerah MAKSAK Tahun 2010 di sini hari ini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-sukan-pdrm-rangkul-tempat-ketiga-terbaik-keseluruhan-dalam-anugerah-maksak-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:27 MYT

Putrajaya, 28 Januari 2010 - Majlis Sukan PDRM berjaya menduduki tempat ketiga terbaik keseluruhan dalam Anugerah MAKSAK Tahun 2010 di sini hari ini.

Anugerah yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ini juga menyaksikan pencalonan dua warga PDRM sebagai Olahragawan dan Olahragawati Terbaik iatu Konstabel Khairul Annuar Abdul Kadir dan Rema Firyana Saroji, masing-masing dalam acara boling padang.

Tidak ketinggalan juga, pemenang pingat emas acara menembak sukan komenwel 2010, ASP Bibiana Ng yang turut tercalon dalam senarai penerima Anugerah Khas MAKSAK 2010 Kategori Wanita.

Namun apa yang membanggakan, Sub Insp. Sazali bin Samad berjaya merangkul Anugerah Khas MAKSAK Malaysia 2010 Kategori Lelaki.

Juara Mr.Universe tersebut mengenepikan calon dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 3 calon MAKSAK dari Selangor dan Perak.

Majlis yang berakhir sekitar 10 malam ini turut dihadiri Yang Dipertua MAKSAK Malaysia- Y.Bhg Dato' Sri Abu Bakar, Pengarah Pengurusan PDRM yang juga Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH CP Dato' Robiah Abdul Ghani serta Barisan-barisan EXCO Malaysia dan jemputan-jemputan khas.

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Nyanyian lagu Negaraku dan MAKSAK Gemilang..

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Rema Firyana Saroji tercalon dalam kategori Olahragawati Terbaik..

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Khairul Annuar Abdul Kadir turut tercalon dalam kategori Olahragawan Terbaik..

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Pencalonan ASP Bibiana Ng dalam Anugerah Khas Kategori Wanita..

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
YDH CP Dato' Robiah Abdul Ghani mewakili PDRM menerima sijil pemenang tempat ke-3 keseluruhan dalam Anugerah MAKSAK 2010.

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Sub Insp. Sazali Abdul Samad menerima Anugerah Khas MAKSAK 2010 Kategori lelaki..

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Sub Insp. Sazali bersama piala kemenangannya..

Majlis Sukan Pdrm Rangkul Tempat Ketiga Terbaik Keseluruhan Dalam Anugerah Maksak 2010
Sesi fotografi penerima-penerima anugerah bersama Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek..

Wartawan: Konst Irfan bin Bujang

Jurufoto: L/kpl Khaidzir

Penyunting: C/Insp Norsuzila

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 9.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM