Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 1 2009
Bakri, Muar - 15 Ogos 2009. Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Siri 1/2009 telah diadakan di Pusat Latihan Polis Muar, Bakri Muar, Johor pada pagi ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM. Hadir sama di majlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), YDH SAC II Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), YDH SAC II Dato' Haji Muhammad Nazri bin Hj. Ismail, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), YDH SAC II Dato' Zakaria bin Yusof, Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, DSP Muhamad Nor Abidin bin Jusoh, Komandan PULAPOL Muar, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta tetamu jemputan.
Seramai 495 orang pelatih telah berjaya menamatkan Latihan Asas Kepolisan Konstabel yang bermula pada 16 Januari 2009. Daripada jumlah tersebut, 6 orang pelatih memiliki kelulusan Ijazah, 34 pelatih memiliki Diploma dan 77 orang pula memiliki kelulusan STPM dan selebihnya memiliki SPM.
Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 1/2009 telah diadakan selama tujuh bulan dengan memperkenalkan Program Bertahap Tiga, Tiga Satu (3+3+1). Program ini dirangka bertujuan untuk melahirkan bakal anggota polis yang 'Ready For The Job'. Bagi Fasa Pertama selama 3 bulan, pelatih telah menjalani latihan asas di PULAPOL Muar , didedahkan dengan latihan yang merangkumi ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan undang-undang, penggunaan senjatapi, kawat, kecergasan fizikal, asas pertolongan cemas dan seni mempertahankan diri. Fasa Kedua juga berjalan selama 3 bulan, pelatih telah mengikuti modul prosedur kerja di Kontinjen Kedah dan juga mengikuti Kursus Penyesuaian Asas Pergerakan Hutan di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, Perak. Bagi Fasa Ketiga selama 1 bulan, pelatih telah didedahkan dengan Induksi Umum serta latihan akhir di PULAPOL Muar.
Antara intipati ucapan oleh YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM, beliau berharap semoga semua pelatih-pelatih akan sentiasa bersedia dan berupaya memikul amanah dan harapan pasukan serta negara dengan keikhlasan, bertanggungjawab dan profesioanal.
"Tampilkan diri masing-masing sebagai seorang anggota polis yang tegas, adil dan berhemah dan berintegriti yang sememangnya menjadi amalan kita" kata beliau lagi.
Beliau juga memetik kata-kata mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak iaitu " Kita pegawai kerajaan ialah hamba rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat dan bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang mereka hadapi"

YDH CP Dato' Abdul Razak bin Haji Bokhari, Pengarah Pengurusan PDRM hadir menyempurnakan Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kontabel Siri 1/2009

dari kiri...Supt Burhanuddin Hj Abdul Majid, YDH SAC II Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, YDH SAC II Dato' Haji Muhammad Nazri bin Hj. Ismail dan DSP Muhamad Nor Abidin bin Jusoh

Segak bergaya di majlis yang diadakan dengan penuh seri dan meriahnya..

Perbarisan lintas hormat oleh Kawalan Kehormatan

Lintas Hormat dalam perlahan jalan...

YDH Pengarah Pengurusan membalas tabik hormat...

Terbaik Keseluruhan...Konst/P Insannulkamil bin Rusia

Terbaik Latihan Luar..Konst/P Mohd Fadhirul Azra bin M. Azmi

Terbaik Akademik..Konsp/P Mohammad Hisyam bin Eshak

Sjn Ahammed Hj Jubir, Jurulatih Terbaik Akademik

Kpl Ahlil bin A. Majid, Jurulatih Terbaik Latihan Luar

YDH Pengarah Pengurusan beramah mesra dengan keluarga yang hadir menyaksikan majlis...

empat dari kanan...Y.Bhg Datin A'Ain Zubaidah Haji Bahari, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan bergambar kenangan dengan ahli-ahli PERKEP PULAPOL Muar dan Maktab Teknik PDRM

Bergambar kenangan bersama YDH Pengarah Pengurusan PDRM