Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kursus Asas Kepolisan Rela Dan Jpam Siri 1 2009

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kursus Asas Kepolisan RELA dan JPAM Siri 1/2009 ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan asas tugas-tugas kepolisan meliputi modul undang-undang serta seni mempertahankan diri dan T-Bolton sebelu..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-asas-kepolisan-rela-dan-jpam-siri-1-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:07 MYT

Bangi, Selangor - 14 Ogos 2009. Kursus Asas Kepolisan RELA dan JPAM Siri 1/2009 telah berlangsung di Akademi Latihan Pertahanan Awam  di Bangi, Selangor pada pagi ini. Majlis disempurnakan oleh YDH SAC II Dato' Amar Singh Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur. Hadir sama ialah Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Rela , JPAM serta tetamu jemputan.

Seramai 50 peserta lelaki dan 16 peserta wanita dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 51 peserta lelaki dan 16 peserta wanita dari Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah berjaya menamatkan Kursus Asas Kepolisan RELA dan JPAM Siri 1/2009 yang bermula dari 1 hingga 15 Ogos 2009, yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih dari Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA).

Kerajaan telah menyatakan komitmen kepada rakyat untuk mengurangkan kadar jenayah melalui pengumuman Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 11 Julai 2009 dan 27 Julai 2009. Bagi mencapai sasaran pengurangan jenayah, kerajaan teleh memutuskan supaya anggota Rela dan JPAM bersama-sama dengan pasukan PDRM membuat kawalan di kawasan-kawasan yang panas 'hot spots' yang telah dikenal pasti.

Bagi mencapai hasrat kerajaan itu, satu intensif yang melibatkan RELA dan JPAM telah diadakan di Akademi Latihan Pertahanan Awam . Kursus Asas Kepolisan RELA dan JPAM Siri 1/2009 ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan asas tugas-tugas kepolisan meliputi modul undang-undang serta seni mempertahankan diri dan T-Bolton sebelum peserta kursus dibenarkan untuk membuat pengawasan di kawasan-kawasan 'Hot Spots'.

Kursus ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif-objektif sepertimana berikut:-
* Memperolehi ilmu pengetahuan asas berkaitan tugasan-tugasan kepolisan moden.
* Dapat melaksanakan tugas-tugas kepolisan dan bersedia berkhidmat untuk memenuhi eksektasi masyarakat dan disiplin organisasi dengan kemahiran sejajar dengan visi dan misi pasukan
* Anjakan paradigma sebagai seorang anggota Rela dan JPAM yang mengamalkan nilai-nilai murni dan beritika dalam melaksanakan tugas kepolisan dengan penuh tanggungjawab sejajar dengan moto Tegas, Adil dan Berhemah

Diakhir kursus ini, peserta-peserta kursus adalah layak untuk dilantik sebagai Sukarelawan Polis yang dibekalkan dengan kuasa-kuasa polis sepertimana termaktub di dalam Akta Polis 1967.

Semoga Kursus Asas Kepolisan RELA dan JPAM Siri 1/2009  ini menjadi medan terbaik ke arah integrasi perkhidmatan baru yang lebih efisien, berkualiti dan menepati aspirasi negara yang bertunjangkan konsep 1 Malaysia, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Kursus Asas Kepolisan Rela Dan Jpam Siri 1 2009
YDH SAC II Dato' Amar Singh Ishar Singh, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur membuat pemeriksaan baris

Kursus Asas Kepolisan Rela Dan Jpam Siri 1 2009
Persembahan seni mempertahan diri dan T-Balton

Kursus Asas Kepolisan Rela Dan Jpam Siri 1 2009
YDAH SAC II Dato Amar Singh menyampai Sijil Tamat Kursus kepada peserta kursus

Kursus Asas Kepolisan Rela Dan Jpam Siri 1 2009
YDH SAC II Dato Amar Singh beramah mesra dengan peserta-peserta kursus

Kursus Asas Kepolisan Rela Dan Jpam Siri 1 2009
Peserta-peserta Kursus Asas Kepolisan RELA & JPAM Siri 1/2009 bergambar kenangan

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM