
United Against Crime Eratkan Belia Polis
Pagi
tadi telah berlangsungnya Program United Against Crime di mana ia
disertai hampir 300 belia yang terdiri daripada pelajar sekolah, NGO dan
persatuan-persatuan belia dalam negeri Selangor. Program ini
adalah yang pertama kali diadakan di Selangor antara polis dan belia
India. Program ini juga turut dihadiri oleh penduduk sekitar Bandar
Kinrara 4 dan 5.
Program
ini diadakan bertujuan mendekati golongan belia serta mendidik belia
supaya bersama-sama pihak polis dalam mencegah jenayah. Pendidikan
pencegahan jenayah ini perlu didedahkan kepada belia agar golongan ini
mengetahui bahawa perbuatan jenayah adalah amat merugikan dan merosakkan
masa hadapan.


Sumber : HEA IPK Selangor