Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Unit Hemodialisis Terima Sumbangan Peralatan

Published: 09 Jun 2014 1.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Kuala Lumpur- 10 Mei -N.A.Z Medical Supplies Sdn Bhd telah menyumbang peralatan pemeriksaan kesihatan bernilai RM10,000 kepada Unit Hemodialisis PDRM Pusat...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/unit-hemodialisis-terima-sumbangan-peralatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:13 MYT

Kuala Lumpur -10 Mei -N.A.Z Medical Supplies Sdn Bhd telah menyumbang peralatan pemeriksaan kesihatan bernilai RM10,000 kepada Unit Hemodialisis PDRM Pusat.

Majlis penyerahan sumbangan berupa 2 unit kerusi roda, 2 unit alat pengesan kolestrol dan 2 unit alat ujian tekanan darah telah berlangsung di Unit Hemodialisis Pusat, Pulapol Kuala Lumpur pada 10 Mei 2007.

Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan telah menerima sumbangan peralatan tersebut bagi pihak PDRM . Sementara Dato' Paduka Dr. Azami Hj. Said, Pengarah Urusan N.A.Z Medical Supplies Sdn Berhad mewakili syarikatnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah P/SAC II Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Supt Megat Abd. Malek Megat, Abd. Hamid, Pegawai Kebajikan PDRM dan C/Insp. Nafri Shahlan, Pegawai Penjaga Pusat Hemodialisis PDRM.

N.A.Z Medical Supplies Sdn. Bhd. merupakan pembekal terbesar ubat-ubatan, peralatan perubatan hemodialisis dan peralatan pemeriksaan kesihatan kepada ajensi kerajaan seperti Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Unit Hemodialisis Terima Sumbangan Peralatan
Dato' Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM sedang memotong reben sebagai tanda penerimaan sumbangan daripada Dato' Paduka Dr. Azami Hj. Said, Pengarah Urusan N.A.Z Medical Supplies Sdn Bhd.

ArticlePublished 09 Jun 2014 1.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM