Unit Hemodialisis Terima Sumbangan Peralatan
Kuala Lumpur -10 Mei -N.A.Z Medical Supplies Sdn Bhd telah menyumbang peralatan pemeriksaan kesihatan bernilai RM10,000 kepada Unit Hemodialisis PDRM Pusat.
Majlis penyerahan sumbangan berupa 2 unit kerusi roda, 2 unit alat pengesan kolestrol dan 2 unit alat ujian tekanan darah telah berlangsung di Unit Hemodialisis Pusat, Pulapol Kuala Lumpur pada 10 Mei 2007.
Dato' Mohd Amir Sulaiman, Pengarah Pengurusan telah menerima sumbangan peralatan tersebut bagi pihak PDRM . Sementara Dato' Paduka Dr. Azami Hj. Said, Pengarah Urusan N.A.Z Medical Supplies Sdn Berhad mewakili syarikatnya.
Hadir sama pada majlis itu ialah P/SAC II Amar Singh s/o Ishar Singh, Komandan Pulapol Kuala Lumpur, Supt Megat Abd. Malek Megat, Abd. Hamid, Pegawai Kebajikan PDRM dan C/Insp. Nafri Shahlan, Pegawai Penjaga Pusat Hemodialisis PDRM.
N.A.Z Medical Supplies Sdn. Bhd. merupakan pembekal terbesar ubat-ubatan, peralatan perubatan hemodialisis dan peralatan pemeriksaan kesihatan kepada ajensi kerajaan seperti Kementerian Pertahanan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Dato'
Mohd Amir Bin Sulaiman, Pengarah Pengurusan PDRM sedang memotong reben
sebagai tanda penerimaan sumbangan daripada Dato' Paduka Dr. Azami Hj.
Said, Pengarah Urusan N.A.Z Medical Supplies Sdn Bhd.