Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Unit Berkuda Psp Pdrm Anjur Pertandingan In House Jumping And Dressage 2020

Diterbitkan: 06 Dec 2020 10.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Cheras, 6 Disember 2020 – Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan "In House Jumping And Dressage 2020" Piala Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar di Arena Latihan Unit Berkuda PDRM, Markas PSP, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/unit-berkuda-psp-pdrm-anjur-pertandingan-in-house-jumping-and-dressage-2020
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:59 MYT
Cheras, 6 Disember 2020 – Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan "In House Jumping And Dressage 2020" Piala Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar di Arena Latihan Unit Berkuda PDRM, Markas PSP, di sini. 

Pertandingan yang berlangsung sejak semalam itu turut disertai wakil dari pelbagai agensi awam dan swasta termasuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Taman Ekuestrian Putrajaya.

Pengerusi pertandingan merangkap Penaja Utama, Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar hadir menyempurnakan majlis perasmian dengan diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, CP Dato’ Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, semalam.

Dalam pertandingan itu, peserta DBKL, Sarjan Khairul Azri Mahtar berjaya mengungguli acara "In House Jumping" diikuti wakil daripada Taman Ekuestrian Putrajaya, Muhammad Hariz Hazriq Abd Razak sebagai Naib Johan. Peserta PDRM dari Unit Berkuda PSP, Sarjan Abdul Hamid Abd Razak sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Manakala, dalam acara "Dressage Preparatory C" pula, peserta PDRM, Konstabel Ormie Ormilla Iman berjaya mengenepikan kesemua pesaing apabila mencatatkan 64.25 peratus untuk menjadi johan. Manakala naib johan pula dimenangi oleh Sarjan Roslan Salleh daripada DBKL diikuti anggota PDRM, Konstabel Nur Reha Raiee.

Hadir sama memberikan sokongan kepada peserta pertandingan ialah Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (PGK), DCP Dato’ Mastor Mohd Ariff dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf.

Unit Berkuda Psp Pdrm Anjur Pertandingan In House Jumping And Dressage 2020
Sesi bergambar kenangan bersama Tan Sri Dato' Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar pada Pertandingan "In House Jumping And Dressage 2020" Piala Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar di Arena Latihan Unit Berkuda PDRM, Markas PSP, Cheras, Kuala Lumpur.

Unit Berkuda Psp Pdrm Anjur Pertandingan In House Jumping And Dressage 2020
Sekitar Pertandingan "In House Jumping And Dressage 2020" Piala Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar di Arena Latihan Unit Berkuda PDRM, Markas PSP, Cheras, Kuala Lumpur.

Sesi penyampaian cenderahati.

Unit Berkuda Psp Pdrm Anjur Pertandingan In House Jumping And Dressage 2020
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.

ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2020 10.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM