Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tun Mahathir Hadir Di Rumah Terbuka Utk

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur - 13 Oktober 2009 - Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia bersama isteri Y.A.Bhg. Tun Dr. Hasmah Haji Mohd Ali,..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tun-mahathir-hadir-di-rumah-terbuka-utk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT

Kuala Lumpur - 13 Oktober 2009 - Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad mantan Perdana Menteri Malaysia bersama isteri Y.A.Bhg. Tun Dr. Hasmah Haji Mohd Ali, telah sudi meluangkan masa hadir ke Majlis Rumah Terbuka Unit Tindak Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis yang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman itu turut dihadiri oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan, Ketua Polis Negara dan YDH Deputi Inspektor Jeneral Tan Sri Haji Ismail Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

Pada majlis yang diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim turut mengumpulkan bekas-bekas pegawai dan anggota UTK terutamanya yang pernah berkhidmat dengan Tun Dr. Mahathir.

Ketika berucap di majlis itu, Tun Dr. Mahathir, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan anggota UTK yang telah bersama-sama beliau sejak lebih 30 tahun lalu.

"Terima kasih kerana bersama-sama saya. Saya bersyukur dan tidak langsung rasa takut, saya hanya rasa takut sekiranya UTK tidak berada bersama saya", ujar Tun Dr. Mahathir yang sentiasa diiringi oleh UTK.

UTK merupakan pasukan elit PDRM yang terkenal bukan sahaja di dalam negara, malahan di luar negara.

Tun Mahathir Hadir Di Rumah Terbuka Utk
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad disambut mesra oleh pegawai Unit Tindak Khas.

Tun Mahathir Hadir Di Rumah Terbuka Utk
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan anggota UTK yang telah bersama saya sejak lebih 30 tahun lalu..."
Tun Mahathir Hadir Di Rumah Terbuka Utk
Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad duduk semeja YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Musa Tan Sri Haji Hassan, YDH CP Dat' Hussin Bin Hj Ismail Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH SAC I Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGK).

Tun Mahathir Hadir Di Rumah Terbuka Utk
Pegawai dan anggota Unit Tindak Khas bergambar kenangan bersama tetamu kehormat.

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM