Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kehadiran tetamu dan masyarakat setempat, lebih kurang dua ribu orang, memeriahkan majlis disamping berkenal mesra dengan warga PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rumah-terbuka-aidilfitri-ipd-petaling-jaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:45 MYT

Petaling Jaya - 7 Oktober 2009. Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah diadakan dengan penuh meriah di Dataran Jaya, IPD Petaling Jaya, bermula jam 8.00 malam.

Tetamu istimewa yang hadir pada malam itu ialah YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor dan isteri, disambut oleh ACP Arjunaidi bin Mohamed dan isteri, Puan Baidzura binti Busu serta pegawai-pegawai IPD Petaling Jaya sambil diiringi oleh 'bag pipe' dari Pancaragam PDRM.

Turut hadir ialah YDH SAC I Dato' Thaiveegan al/ Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor dan isteri, serta tetamu-tetamu jemputan, masyarakat setempat dan warga PDRM IPD Petaling Jaya.

Kehadiran tetamu dan masyarakat setempat, lebih kurang dua ribu orang, memeriahkan majlis disamping berkenal mesra dengan warga PDRM, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. Tetamu dihiburkan oleh artis-artis PDRM serta artis jemputan, Amir Ukay's yang mempersembahkan beberapa buah lagu. Beberapa gerai dengan beraneka juadah yang menyelerakan juga disediakan di Dataran Jaya dengan hiasan lampu berwarna warni, menambahkan lagi cerianya majlis pada malam itu.

Pada malam itu juga, diadakan majlis penyampaian sumbangan duit raya daripada Kelab Polis IPD Petaling Jaya kepada beberapa pelajar, anak-anak polis IPD Petaling Jaya yang telah mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Disamping itu juga, disampaikan 'cek' kepada dua balu anggota IPD Petaling Jaya yang telah meninggal dunia, disampaikan sendiri oleh YDH Ketua Polis Selangor.

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Tetamu istimewa, YDH DCP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor bersama YDH SAC I Dato' Thaiveegan a/l Arumugum, Timbalan Ketua Polis Selangor yang turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri IPD Petaling Jaya

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Meja Utama jemputan PERKEP IPD Petaling Jaya...

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Suasana di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri IPD Petaling Jaya

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Laksa dan mee kari..

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Roti Nan juga tidak ketinggalan disediakan untuk tetamu...

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Gerai soto dan mee hoon sup..

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Puan Baidzura binti Busu, isteri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menyampaikan beg 'goddies' dan belon kepada semua kanak-kanak yang hadir pada malam itu

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Anak perempuan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya juga merupakan salah seorang pelajar terbaik yang menerima sumbangan duit raya dari Kelab Polis IPD Petaling Jaya

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
YDH Ketua Polis Selangor menyampaikan 'Cek' kepada salah seorang balu anggota polis IDP Petaling Jaya yang meninggal dunia baru-baru ini..

Rumah Terbuka Aidilfitri Ipd Petaling Jaya
Amir Ukay's mempersembahkan lagu berjudul  'Seksa' untuk tetamu yang hadir pada malam itu

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM