Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tumpasnya Sindiket Pengedaran Dadah Di Daerah Seri Alam

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semasa pemeriksaan pihak polis juga telah jumpa kunci kereta Mercedes dalam poket seluar suspek. Tindakan susulan pihak polis telah periksa kereta tersebut yang diletakkan di sebuah kawasan belakang b..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tumpasnya-sindiket-pengedaran-dadah-di-daerah-seri-alam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:21 MYT
Pada 10 Jun 2014, jam 10.15 malam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seri Alam telah menyerbu dan membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah di Taman Scientex, Pasir Gudang. Hasil serbuan telah merampas ganja sebanyak 33 gram dan menangkap seorang lelaki Melayu. 

Semasa pemeriksaan pihak polis juga telah jumpa kunci kereta Mercedes dalam poket seluar suspek. Tindakan susulan pihak polis telah periksa kereta tersebut yang diletakkan di sebuah kawasan belakang bengkel membuat grill besi di Kampung Bukit Pulai Baru, Pasir Gudang. Hasil pemeriksaan jumpa 41 ketul ganja anggaran berat kasar 40.6 kilogram dalam boot kereta tersebut bernombor pendaftaran SJP 3818 k.

Tumpasnya Sindiket Pengedaran Dadah Di Daerah Seri Alam

Sumber: IPK Johor
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM