Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Curi Motosikal Polis Tahan Dua Lelaki

Diterbitkan: 10 Jul 2014 9.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sum berkata suspek ditahan hasil intipan ke atas sebuah kereta jenis Hyundai Accent berwarna kelabu, dipercayai milik isteri suspek, di rumahnya di Menglembu pada kira-kira 6.30 pagi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/curi-motosikal-polis-tahan-dua-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT
Ipoh, 12 Jun - Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam beberapa kes mencuri motosikal sekitar Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata suspek berusia 25 dan 34 tahun itu ditahan di tempat berasingan di Taman Desa Rishah, Menglembu dekat sini pada Isnin dan Rabu lepas.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek, yang bergerak aktif sekitar Ipoh, pernah terlibat dengan beberapa kes kecurian sama sebelum ini.

"Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sum berkata hasil pemeriksaan, seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis morfin dan kedua-dua suspek ditahan reman empat hari mulai Selasa lepas bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes lain, polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah di sekitar Ipoh, Selasa lepas.

Sum berkata suspek ditahan hasil intipan ke atas sebuah kereta jenis Hyundai Accent berwarna kelabu, dipercayai milik isteri suspek, di rumahnya di Menglembu pada kira-kira 6.30 pagi.

"Polis menemui sebuah laptop, satu beg galas, pahat dan beberapa peralatan lain dalam kereta itu dan hasil siasatan mendapati suspek melakukan modus operandi secara berseorangan dan terlibat dengan empat kes yang sama sebelum ini," katanya.

Beliau berkata suspek, yang memiliki lima rekod jenayah lampau, ditahan reman empat hari mulai Selasa lepas untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 10 Jul 2014 9.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM