Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tumpas Judi Euro 2012

Published: 17 Jun 2014 1.05 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Satu sindiket pertaruhan bola sepak piala Euro 2012 berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah cawangan (D7) Ibu Pejabat Polis kontinjen Selangor yang diketuai oleh Pegawai..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tumpas-judi-euro-2012
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:04 MYT
JUDI EURO 2012 LEBUR: Satu sindiket pertaruhan bola sepak piala Euro 2012 berjaya ditumpaskan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah cawangan (D7) Ibu Pejabat Polis kontinjen Selangor yang diketuai oleh Pegawai Turus D7 DSP Rohan Shah bin Ahmad semalam.

Dalam serbuan di Jalan Pekan Baru, Meru Klang Selangor itu, berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam pengaturan Judi Bola Sepak Euro 2012 dan merampas beberapa perlatan yang digunakan dalam pertaruhan antaranya beberapa unit komputer riba, telefon bimbit, jadual perlawanan bola sepak, television dan sejumlah wang tunai. Pertaruhan dipercayai mencecah RM 800 ribu bagi setiap pertaruhan.

Risikan yang dijalankan selama seminggu itu mendapati sindiket tersebut telah menjalankan operasinya sejak 8 Jun yang lalu bermula jam 12 tengah malam sehingga 5 pagi. Selain itu, premis tersebut mempunyai cctv bagi memantau pergerakan keluar dan masuk terutamanya pihak berkuasa. 

Ketiga-tiga suspek direman dibawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan disiasat dibawah seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1963.

Tumpas Judi Euro 2012
Antara barang kes yang dirampas.

Tumpas Judi Euro 2012
Semasa sidang media.

Tumpas Judi Euro 2012
SAC Mohd Adnan Bin Abdullah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor sedang menunjukkan helai kertas yang tercatit angka-angka disyaki pertaruhan Bookie Bola Sepak Euro 2012.
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.05 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM