Polis Selangor Bongkar Sindiket Penipuan
Sekumpulan
pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Selangor telah menjalankan satu operasi bagi mengesan dan membanteras
pelbagai sindiket penipuan, semalam.
Operasi yang
bermula jam 11.30 malam tersebut turut dibantu oleh agensi kerajaan
yang lain selain bantuan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA).
Dalam
operasi tersebut, seramai 102 orang berjaya ditahan dan kebanyakan
mereka adalah terdiri daripada warga asing iaitu Nigeria, Somalia,
Cameroon, Filipina, Sierre Leone, Maldives, New Zealand dan tidak
ketinggalan warga tempatan sendiri.
Dalam
serbuan berasingan pada 30 Jun 2012 jam 8.00 malam, sepasukan polis
dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor telah menahan dua lelaki
di sebuah restoran di kawasan Suria Kinrara, Serdang setelah disyaki
terlibat dalam kes penipuan kad kredit.
