Tumpas Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah Tempatan Dan Antar
Bukit
Aman, 18 Jun - Hasil daripada maklumat orang ramai dan usaha-usaha
pembanterasan berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)
ke atas aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan dan juga
antarabangsa, 2 sindiket dadah telah berjaya dipatahkan pada hari yang sama oleh PDRM 14 Jun yang lalu.
Dalam
dua kes yang berasingan ini, pihak JSJN Negeri Sembilan telah membuat
serbuan ke atas sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri
Sembilan yang dipercayai menjadi stor simpanan dadah dan hasil
pemeriksaan, polis telah menjumpai serta merampas 12 kotak kertas
mengandungi 22,550 keping pil eramin 5 tetapi tiada sebarang tangkapan dapat dilakukan.
Pada
hari yang sama bertempat di KLIA, Sepang , JSJN Bukit Aman telah
berjaya memberkas seorang lelaki warga Nigeria disyaki menelan dadah
berbahaya yang baru tiba dengan penerbangan dari Dubai.

CP
Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman berucap semasa
mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit
Aman.

CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Kapsul disyaki syabu yang telah dikeluarkan dari perut suspek.

Pil Eramin 5 yang berjaya dirampas.