Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bekas Banduan Dituduh Mencabul

Diterbitkan: 17 Jun 2014 1.03 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki selepas dia dituduh mencabul seorang wanita pada 4 Mei 2012 lalu. Suspek yang berumur 33 tahun itu pernah dipenjara selama 12 tahun atas kesalahan merogol dan diletakkan d..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bekas-banduan-dituduh-mencabul
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:32 MYT
BEKAS BANDUAN DITUDUH MENCABUL : Polis menahan seorang lelaki selepas dia dituduh mencabul seorang wanita pada 4 Mei 2012 lalu. Suspek yang berumur 33 tahun itu pernah dipenjara selama 12 tahun atas kesalahan merogol dan diletakkan di bawah pemerhatian polis pada tahun 2010.

Menurut mangsa, suspek yang menyewa bersebelahan, telah menceroboh masuk biliknya sebelum mengikat dan mencabul beliau.

Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Simpang Tiga, Kuching untuk disoal siasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyerang dan menggunakan kekerasan atas niat untuk mencabul.

Sumber : Akhbar New Sarawak Tribune
Bekas Banduan Dituduh Mencabul
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 1.03 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM