Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tumpas Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah Tempatan Dan Antar

Published: 17 Jun 2014 1.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Hasil daripada maklumat orang ramai dan usaha-usaha pembanterasan berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke atas aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan dan juga antarabangsa, 2 ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tumpas-aktiviti-sindiket-pengedaran-dadah-tempatan-dan-antar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:24 MYT

Bukit Aman, 18 Jun - Hasil daripada maklumat orang ramai dan usaha-usaha pembanterasan berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke atas aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan dan juga antarabangsa, 2 sindiket dadah telah berjaya dipatahkan pada hari yang sama oleh PDRM 14 Jun yang lalu. 

Dalam dua kes yang berasingan ini, pihak JSJN Negeri Sembilan telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan yang dipercayai menjadi stor simpanan dadah dan hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai serta merampas 12 kotak kertas mengandungi 22,550 keping pil eramin 5 tetapi tiada sebarang tangkapan dapat dilakukan. 

Pada hari yang sama bertempat di KLIA, Sepang , JSJN Bukit Aman telah berjaya memberkas seorang lelaki warga Nigeria disyaki menelan dadah berbahaya yang baru tiba dengan penerbangan dari Dubai. 


Tumpas Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah Tempatan Dan Antar
CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman berucap semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

Tumpas Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah Tempatan Dan Antar
CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Tumpas Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah Tempatan Dan Antar
Kapsul disyaki syabu yang telah dikeluarkan dari perut suspek.

Tumpas Aktiviti Sindiket Pengedaran Dadah Tempatan Dan Antar
Pil Eramin 5 yang berjaya dirampas.

ArticlePublished 17 Jun 2014 1.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM