Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tukang Masak Antara Dua Ditahan Kerana Memecah Masuk Restoran

Diterbitkan: 10 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang tukang masak sebuah restoran bersama remaja lelaki berusia 13 tahun, ditahan kerana dipercayai memecah masuk sebuah restoran lain di Jalan Laman Rimbunan Raya, Kepong pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tukang-masak-antara-dua-ditahan-kerana-memecah-masuk-restoran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:48 MYT

Kuala Lumpur, 10 Nov - Seorang tukang masak sebuah restoran bersama remaja lelaki berusia 13 tahun, ditahan kerana dipercayai memecah masuk sebuah restoran lain di Jalan Laman Rimbunan Raya, Kepong pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu, kedua-dua mereka ditahan ketika cuba melarikan diri, setelah memecah masuk restoran itu, di tingkat dua premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Tukang masak berusia 24 tahun itu ditahan ketika cuba mencampak keluar beg mengandungi peralatan yang dipercayai digunakan untuk memecah masuk restoran itu, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata beg yang dicampaknya, antara lain mengandungi spanar, satu besi tajam, pemutar skur serta playar, dan polis turut merampas sebuah kereta dipercayai milik suspek.

Mohd Sukri berkata remaja lelaki itu pula, cedera parah apabila cuba melarikan diri dengan terjun daripada tingkat dua bangunan berkenaan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Selayang, dan keadaannya dilaporkan kritikal kerana mengalami pendarahan dalaman akibat jatuh dari tempat tinggi," katanya.

Beliau berkata remaja itu merupakan jiran tukang masak terbabit, yang kedua-duanya tinggal di Balakong.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM