Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tukang Cat Ditahan Dipercayai Memiliki 1 5kg Ketamin

Published: 16 Jun 2014 8.50 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
polis mendapati kotak yang dipegang suspek mengandungi dua bungkus butiran lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin seberat 1.5 kilogram yang dibungkus dalam plastik..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tukang-cat-ditahan-dipercayai-memiliki-1-5kg-ketamin
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:29 MYT
KUANTAN, 16 Januari 2012 (Bernama) -- Seorang tukang cat ditahan polis dipercayai memiliki dadah jenis ketamin seberat 1.5 kilogram di Lorong Seri Teruntum, Jalan Kampung Tengah di sini, tengah malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Yap Toon Khuan berkata, berpandukan maklumat sepasukan anggota polis telah menahan seorang lelaki, 42, dipercayai sedang menunggu pelanggan di lokasi kejadian pada 12.15 tengah malam semalam.

"Satu pergelutan berlaku ketika polis cuba menahan suspek yang ketika itu sedang memegang kotak bertulis 'Haier DVD Player'.

"Setelah ditahan, polis mendapati kotak yang dipegang suspek mengandungi dua bungkus butiran lutsinar dipercayai dadah jenis ketamin seberat 1.5 kilogram yang dibungkus dalam plastik," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Yap berkata bekalan dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negeri jiran dan dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM180,000 mengikut harga runcit.

Polis juga turut merampas sejumlah wang tunai mata wang tempatan dan asing yang bercampur-campur berjumlah RM2,530 dan telefon bimbit suspek.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
ArticlePublished 16 Jun 2014 8.50 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM