Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Tukang Urut Wanita Warga Asing Ditahan Di Kota Tinggi

Diterbitkan: 12 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam serbuan menerusi Ops Noda pada kira-kira 11.30 malam itu, enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga China berumur antara 22 dan 47 tahun ditahan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-tukang-urut-wanita-warga-asing-ditahan-di-kota-tinggi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:43 MYT

Kota Tinggi, 12 Nov - Polis menahan tujuh wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Seri Warisan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam serbuan menerusi Ops Noda pada kira-kira 11.30 malam itu, enam wanita warga Thailand dan seorang wanita warga China berumur antara 22 dan 47 tahun ditahan.

Seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun yang merupakan pemilik premis dan majikan wanita berkenaan turut ditahan, katanya di sini hari ini.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesalahan dikesan di premis itu, namun, selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan, polis mendapati lelaki itu menggaji dan melindungi tujuh wanita berkenaan tanpa permit sah," katanya.

Supt Rahmat berkata kesemua wanita berkenaan kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sementara, lelaki berkenaan yang direman, disiasat mengikut Seksyen 55(B) (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 12 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM