Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Lelaki Terlibat Pergaduhan Di Plaza Low Yat

Diterbitkan: 13 Nov 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-terlibat-pergaduhan-di-plaza-low-yat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:58 MYT

Kuala Lumpur, 12 Nov - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Plaza Low Yat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kejadian di kompleks membeli-belah itu berlaku kira-kira 7 petang tadi.

"Pergaduhan itu melibatkan suspek berumur 27 tahun dengan seorang pekerja di kompleks itu (Plaza Low Yat), yang mengganggu di premis pekerja berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Difahamkan, suspek sebelum itu terlibat dalam kemalangan di Jalan Bulatan dengan salah seorang pekerja di premis berkenaan.

Susulan itu, suspek yang tidak berpuas hati datang ke premis itu dan menumbuk muka mangsa.

Zainol berkata suspek telah ditahan pada 8 malam, selepas mangsa membuat laporan polis.

"Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan curi.

Sementara itu, wakil pihak pengurusan Plaza Low Yat, Gary Lam berkata insiden pergaduhan tersebut adalah disebabkan salah faham. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM