Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tujuh Lelaki Ditahan Tangkap Ikan Di Kawasan Larangan

Diterbitkan: 25 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Enam juragan bersama seorang awak-awak ditahan Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah Empat dalam Op Paradise di kawasan laut Pelantar Minyak Kinarut, Pulau Mengalum, di sini awal pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-lelaki-ditahan-tangkap-ikan-di-kawasan-larangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:24 MYT

Kota Kinabalu, 25 Okt - Enam juragan bersama seorang awak-awak ditahan Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah Empat dalam Op Paradise di kawasan laut Pelantar Minyak Kinarut, Pulau Mengalum, di sini awal pagi semalam.

Menurut komandernya ACP Mohamad Madun, ketujuh-tujuh lelaki itu didapati bersalah kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

"Pihak polis turut merampas enam buah bot beserta enam buah enjin dengan anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM 50,000," terang beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959/1983 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959.
Tujuh Lelaki Ditahan Tangkap Ikan Di Kawasan Larangan

ArtikelDiterbitkan 25 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM