Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Melaka Tahan Dua Pengedar Dadah Rampas Heroin Bernilai Rm10 000

Diterbitkan: 23 Oct 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kedua-dua lelaki masing-masing berusia 40 dan 27 tahun itu ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Cheng, pada pukul 5 petang dan 6.30 petang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-melaka-tahan-dua-pengedar-dadah-rampas-heroin-bernilai-rm10-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT

Melaka, 23 Okt - Polis Melaka menahan dua lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas heroin bernilai kira-kira RM10,000 di Jalan Cheng di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kedua-dua lelaki masing-masing berusia 40 dan 27 tahun itu ditahan dalam tangkapan berasingan di sekitar Cheng, pada pukul 5 petang dan 6.30 petang.

"Dalam tangkapan itu, polis berjaya merampas kira-kira 600 gram dadah dipercayai heroin daripada mereka.

"Polis turut merampas dua kereta yang digunakan lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

ACP Shaikh Abdul Adzis berkata siasatan awal polis mendapati kedua-dua lelaki berkenaan merupakan pengedar kecil-kecilan dalam satu rangkaian dadah yang sama.

Tambah beliau, polis juga percaya kedua-dua suspek berkenaan mengedar dadah di sekitar Cheng serta Taman Melaka Raya di sini dan mula bergerak aktif kira-kira lima bulan lepas.

Beliau berkata kedua-dua lelaki berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan polis kini sedang menjejaki rangkaian dadah serta punca bekalan dadah itu diperoleh.

Justeru, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti atau penyalahgunaan dadah diminta menghubungi polis.

Suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 23 Oct 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM