Tujuh Lelaki Ditahan Tangkap Ikan Di Kawasan Larangan
Kota Kinabalu, 25 Okt - Enam juragan bersama seorang awak-awak ditahan Pasukan Polis Marin(PPM) Wilayah Empat dalam Op Paradise di kawasan laut Pelantar Minyak Kinarut, Pulau Mengalum, di sini awal pagi semalam.
Menurut komandernya ACP Mohamad Madun, ketujuh-tujuh lelaki itu didapati bersalah kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.
"Pihak polis turut merampas enam buah bot beserta enam buah enjin dengan anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM 50,000," terang beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959/1983 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959.