Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tujuh Individu Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Di Taman Cheras

Published: 24 Aug 2016 8.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2016 - Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditembak mati di rumahnya di Jalan Pelaga, Taman Cheras di sini Jumaat lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tujuh-individu-ditahan-bantu-siasatan-kes-tembak-di-taman-cheras
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:13 MYT
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2016 - Tujuh individu ditahan bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditembak mati di rumahnya di Jalan Pelaga, Taman Cheras di sini Jumaat lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata empat lelaki termasuk seorang orang kurang upaya dan dua wanita ditahan sekitar Cheras pada Ahad lepas manakala seorang lagi suspek lelaki menyerah diri di Balai Polis Dengkil, Selangor semalam.

Katanya tangkapan kesemua suspek yang berusia antara 41 dan 55 tahun itu membawa kepada penemuan sepucuk pistol semiauto Smith & Wesson Springfields
yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa selain tiga kelopak peluru dan
30 butir peluru 9 milimeter.

"Motif kejadian dipercayai kerana salah seorang suspek marah kepada mangsa yang berusia 48 tahun kerana telah mengambil wang hasil perniagaan miliknya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya siasatan mendapati mangsa dan beberapa suspek merupakan bekas anggota kongsi gelap.

Amar Singh berkata polis masih lagi mengesan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan berkenaan.

Pada Ahad lepas, satu mayat yang dibalut dengan cadar dan langsir ditemukan kira-kira 8.20 malam di belakang sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang ditinggalkan di Jalan Serai Wangi, Taman Cheras, katanya.

Menurutnya, pemeriksaan pada mayat menemukan enam kesan tembakan pada badan
mangsa selain kulit pada semua 10 jari tangannya disiat, dipercayai bagi menghapuskan cap jari.

"Mangsa dipercayai ditembak di dalam rumahnya pada Jumaat lepas sebelu mayatnya ditemui dua hari selepas kejadian.

"Kesemua mangsa direman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata Amar Singh. - BERNAMA
ArticlePublished 24 Aug 2016 8.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM