Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Seorang Lagi Suspek Kes Buang Bayi Di Cheras Ditahan

Diterbitkan: 24 Aug 2016 1.52 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2016 - Seorang wanita ditahan berhubung kes penemuan bayi perempuan di hadapan sebuah apartmen di Jalan Jelawat 2, Cheras, di sini, Isnin lepas. Wanita itu adalah suspek kedua dalam kes tersebut yang ditahan selepas seorang lelaki berumur 25 tahun diberkas semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes sama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/seorang-lagi-suspek-kes-buang-bayi-di-cheras-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:37 MYT
Kuala Lumpur, 24 Ogos 2016 - Seorang wanita ditahan berhubung kes penemuan bayi perempuan di hadapan sebuah apartmen di Jalan Jelawat 2, Cheras, di sini, Isnin lepas. 
Wanita itu adalah suspek kedua dalam kes tersebut yang ditahan selepas seorang lelaki berumur 25 tahun diberkas semalam kerana dipercayai terlibat dalam kes sama.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata wanita berusia 24 tahun itu ditahan di Balai Polis Cheras pada pukul 10.30 malam tadi.

"Kedua-dua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes itu dan direman hari ini sehingga Jumaat.

"Setakat ini, siasatan polis mendapati suspek lelaki berkenaan merupakan penduduk apartmen itu," katanya kepada Bernama.

Semalam, penghuni tingkat 12 sebuah apartmen di Jalan Jelawat 2, Cheras gempar apabila seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan terbaring di atas lantai di hadapan satu unit apartmen di situ.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 24 Aug 2016 1.52 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM